Pages

Friday, January 13, 2017

Best of Langkawi - Nasi Dagang Pak Malau


Pemandangan di sekitar Warung Pak Malau
Bangun awal2 pagi ucapkanlah alhamdulillah, mandi dan bersiap solat subuh. Bila dah mood cuti ni, kene bangun awal juga ye ambil kesempatan merasa makanan di negeri orang. Kadang2 nama masakan nya sama rasanya ada beze dek kerana kemahiran & tips yg ada pd setiap tukang masak tu.

Terus ke Nasi Dagang Pak Malau di Langkawi ni dengarnya agak POPULAR! ramai  bagi pendapat makan pagi disini sedap dan mempunyai pemandangan yg sangat cantik. Mane nak sarapan pagi sambil lihat pemandang cantik? This is the place, korang boleh lah datang cuba makan disini. Untuk seisi keluarga ms kami kasi thumbs up kt warung ni.

Lokasi
Kalau korang menetap di D'Sentosa Guesthouse, hanya 3km shj utk sampai disini. Nak mudah gunakan applikasi WAZE okey! Warung ni terletak di bhgn sedikit pendalaman tpi taklah dlm sgt, boleh dikatakan kawasan yg belum tercemar oleh asap2 kotor busuk nih. 

Paling awsome, korang dapat sarapan pagi sambil tgk sawah terbentang luas. Subhanallah memang cantik pemandangannya dan sgt mendamaikan.

Jenis Makanan/Minuman
Menu utama adalah Nasi Dagang, cume korang boleh pilih lauk apa yg korang berkenan. Antaranya Ayam Kampung grg, Gulai Ikan, Gulai ayam, Gulai Daging, Kambing pon ade. Dan juga ada pelbagai pilihan kuih muih. Sedap! ms paling suke kuih seri muka, cenggini 👍
.
. Pak Malau pemilik warung ni sangatlah peramah dan isterinye yg pemalu merupakan nadi kepada gerai ni. Sebab makanan yg dimasak sume air tangan isteri Pak Malau. 

Okay, kenapa namanya pak malau? haa kami ade interview Pak Malau, katenye itu nama samaran shj. Mudah utk pelanggan & rakan2 yg datang memanggilnya mesra.

So, ini adalah antara gambar yg sempat ms rakamkan 


Warung ni terletak dibahu Jalan & berhadapan dgn Masjid.
Sekitar warung BERSIH & SELESA

Bahagian sini, amek Nasi Dagang & pilih nak lauk apa

Cantik Sangat pemandangan, datang awal pagi makan sejuk je rasa. Oh nampak tak org berbaju merah tu?
itulah Pak Malau hehe nak tau rupa Pak Malau, datanglah ke warung ni..

Mase ni jam 830pagi, masih awal so tak ramai. Tapi bila jam 9 mmg penuh dah

Cantik kan!

*Tips - Datang awal ye kalo nk makan di warung ni, tempat disediakn banyak. Tapi bile dh popular ni orang yg datang  sangat lah ramai, lagi2 musim cuti sekolah. Untung nya kami waktu dtg makan sini, musim sekolah dh nak start lagi 1 minggu. Orang masih memenuhi setiap meja tapi tidaklah terlalu penuh spt yg digambarkan pekerja warung yg tak menang tangan.

Pernah dengar pantun Kajang Pak Malau ni? mungkin korang pernah dengar dalam filem Klasik dahulu "Seri Mersing" tahun 1961,

Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu,
Dagang Pak Malau Dagang bertempat,
Dagang saya musafir lalu.


Tamat. Terima Kasih sudi baca blog ms!


Wednesday, January 11, 2017

D'Sentosa Guesthouse Langkawi



Alhamdulillah sebelum berakhir tahun 2016, diberi peluang dapat berkumpul dan bercuti bersama keluarga tercinta.

Menariknya percutian kali ni, ms & family ambil keputusan utk duduk di homestay. Bile satu family duduk homestay mcm feel2 duduk rumah boleh borak2 & spent masa lagi lame same2. So, tugas ms lah kene cari homestay & kerete sewa utk percutian kami di Langkawi selama 4hari 3malam.

Buat carian di google homestay yg cantik dan bersih, dan terjumpalah 
D'Sentosa Guesthouse Langkawi yg bertempat di Taman Sentosa, Jln Kg.Tok Senik, Kg.Mata Ayer.
Memang ramai blogger, bagi review homestay ni cantik & selesa. 15minit je dari airport & 15minit je nk ke Pekan Kuah.

Selama kami menetap di homestay ni, memang sgt best & selesa rasa mcm di rumah sendiri. Jom tgk ms share bagaimana rupa dlm rumah ni.


Bilik No.1 - di tingkat 1 (Complete dgn Aircond, bilik air & boleh masuk 3 org)
Meja Solek & Almari (nak makeup pagi2 mmg syok, cermin besar)

Tuala Mandi, Telekung & Sejadah memang disediakan


Bilik No.2 - dibawah bersebelahan dgn ruang tamu.
(lengkap dgn Aircond, tuala, sejadah, meja solek & almari)

Bilik No.3 (bersebelahan dapur, juga lengkap dgn Aircond, almari & cermin solek)


Bilik No.3
*Tips: ms cadangkan korang beli spray pewangi febreze tu, barulah wangi sikit rumah & feelnye tu lebih nyaman. Rasa mcm dduk di rumah sendiri gituu 😊


Ruang tamu - ade aircond jugak & astro. Cantikkan!
View tangga dari bilik atas 


Ruang legar - ke kiri tu Bilik No.2, naik atas bilik no.1
(iron & board sekali disediakan jg)
Cantikkan homestay ni!! English Style sgt 💕 💕 💕 
Susun atur dlm rumah ni memang kemas dan dijaga rapi.

Ruang Makan 

Dapur - Complete sume ade, nak memasak pon boleh.


Di ruangan dapur, peti ais & peralatan memasak mmg complete, so kalau korang nak memasak boleh sgt. 

Mesin kain juga ada disediakan, bolehlah basuh baju kain sebelom pulanggg.

Package yg ms ambil termasuk kenderaan, cukup 7 org utk dimuatkan dlm MPV Mitsubishi Grandis (selesa & bersih kerete nye).

Ruangan luar rumah, ms lupe nak snap gamba..haha..Tapi di luar pun cantik, tempat sidai kain, garden, gazebo utk rehat petang, tempat BBQ juga ada.

Overall, family ms mmg puas hati dgn service penginapan & kenderaan ni. Utk tahu lebih lanjut berkenaan homestay boleh tgk disini: http://dsentosalangkawi.blogspot.my/ , nak cepat call/whatsapp terus En.Rahim di 019-4784300.

Jalan2 juga, solat 5 waktu jgn lupa 😉

Next Entry - Duduk di D'Sentosa Guesthouse ni korang wajib singgah breakfast "NASI DAGANG PAK MALAU 3km je dari homestay.

Love.
MS



Friday, December 9, 2016

Limited Edition Mascara - Sugarbelle BEST!!

Limited Edition - Lengthening Mascara
Entry sebelum ni ms pernah share product Sugarbelle berkenaan Velvet Revolution Lipstick boleh baca kat sini:  http://jjanghousewife.blogspot.my/2016/11/sugarbelle-velvet-revolution-lipstick.html

Moving on to our topic today, Limited Edition: Lengthening Mascara by SUGARBELLE!!


Sebenarnya fungsi mascara ni ape ek? well, for me yg berkaca mata ni  bila pakai mascara akn buat mata lebih segar dan bersemangat. Kalau tak, nampak mcm kuyu baru bangun tido je hahaha😂

So, my first impression about this mascara, i like the packaging. Nampak exclusive sgt because its gold color and box pun in black & gold.. hashtag akusuke..haha

So in LOVE with the packaging 😍


Secondly, bile buka je product mascara ni die punye bau makaihh soooo good, mcm floral wangii sgt seriusss. Tak mcm a few mascara product bau mcm ubat, blurghhh mmg all day pakai bau ubat sungguh la taksedap.

Okay, bile ms apply je for 1st layer, wow wow wow!!! seriously? terus nampak beze nya, haa tgk ni..



Yg ni baru, 1st layer of mascara, blom lagi kite layerkan with fiber tu, lagi bertambah panjang la bulu mate ms..hihi..Tapi ms xpakai fibre tu, haa kalo pakai lagi nmpak lebat & panjang. Sebb ms ni berkaca mata, so 1 layer mascara dh memadai..

Ni contoh gambar kalau kite apply mascara&fibre, haaa curlassss kau maria..ehh haha

gambar sumber dari team sugarbellestars..haaa kan ms cakap mmg lebat & panjang kann!
Untuk dptkan effect lentik tu, kene curl kan dahulu bulu mata,
pastu apply mascara, okeh!

Menariknya Limited Edition SUGARBELLE MASCARA ni adalah:
  • Bau yg wangi - floral scent
  • Ade 2 side mascara & fibre
  • Mascara - warna black | mudah cuci dgn air/wet tisues | no smudges (say NO MORE to mata panda) | jenis berus yg mudah diapply utk semua jenis bulu mata
  • Fibre - ni la yg bantu utk memanjangkn bulu mata kite | apply fibre selepas mascara okay, ohh jgn lupe utk kepit eyelashes sebelum apply mascara, the result akn sgt woww!😗
Next, ms nk tunjuk mudahnye cuci Mascara dari Sugarbelle. 

basahkan jari dgn air & tonyohkan di bhgn bulu mata, lembut2 ye..
Haa nanti die tanggal mcm ni..memang takkan ade hitam2 bawah mate tu.
inilah rupanye bile dicuci dgn air, lembut2 sapu dimate. 
die akan tanggal sebegini.

haaa takde hitam2 kan..
Yg ni paling best kalo kite pegi jalan2, nak solat takdela hitam bawah mate tu nak kene gune oil remover lagi.
yg ni cuci dgn air shj dah hilang..TERRRRBAIKLAH

Overall, ms dh jatuh cinta sgt dgn Mascara ni, hampir same dgn product drugstore yg pernah ms pakai L'oreal High Volume Mascara (yg pakaging nye tu color gold), bezenye L'oreal nye tu rase berat kt mate, yg Sugarbelle nye rase ringan sedikit.

Mane nak cari??
Bole cek di Facebook Page ni https://www.facebook.com/sugarbellestarsmas/

Harga yg dijual RM65, pd mas sgt berbaloi dgn product dan memuaskan. 

See you next entry!!

LOVE
MS.


Sunday, November 20, 2016

Bayar PTPTN dgn Akaun 2 KWSP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Topik yg sangat menarik untuk ms share dengan korang, langkah-langkah yg perlu dibuat pn tidaklah sukar mane pon. Semudah 1 2 3 sahaja (gitewwww). 
 

Kalau korang dah habis belajar dan kini sudah bekerja 4-5tahun atau lebih dan masih ade hutang ptptn, haaa WAJIB baca entry kali ni sampi habis!

Langkah-langkah yg perlu korang buat untuk membayar PTPTN menggunakan akaun 2 KWSP adalah:

#1 - DOKUMEN


Dokumen yg PERLU korang sediakan;


Original:-
   - Mykad
   - Scroll dan transcript ijazah yang diambil menggunakan PTPTN
   - Penyata Baki Pinjaman. (mohon daripada PTPTN @ print dari website ptptn)
   - Borang pengeluaran wang untuk pendidikan. (yg ni perlu ambil di KWSP)

Salinan Photocopy:-
   - Perjanjian Pinjaman Pendidikan (mana nak dpt?? baca point #2)
   - Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan
   - Scroll dan transcript ijazah
   - MyKad


#2 - Lawatan ke PTPTN


Kemudian, korang perlu ke pejabat PTPTN ye, bukan kiosk. Bolehla meng'google' dahulu pejabat PTPTN yg berhampiran dgn korang.

Sampai shj & tiba giliran, dgn senyum manis nyatakanlah hajat korang tu, untuk dapatkan dokumen a dan b.

  a.Perjanjian Pinjaman Pendidikan 
  b.Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan
  c.Scroll dan transcript ijazah
  d.MyKad

**NOTA KAKI: 
Point a & b, ms buat panggilan dahulu ke PTPTN center utk bantu hal ni, dan dorang bagi email person in charge(pic) utk bantu. Selepas tu ms email pd pic berkenaan dokumen apa yg ms perlukan, tapi makan mase juga 3-4 kali email di pas2, last skali ms hanta email merungut kata isu ni dah lame sgt tapi takde action pon. Dari situ email ms dibalas & dlm masa seminggu ms dpt surat perjanjian pinjaman pendidikan. fewww, memang mencabar hihi. Ms cadangkan, sebelom korang buat lawatan ke PTPTN ni, apakate korang call PTPTN HOTLINE NO. 03-2193 3000.

Ada yg cerita, utk dapatkan dokumen ni kene bayar RM90 tapi ms tak de pulak kene bayar. Sama juga akk ms buat urusan utk dapatkan dokumen a&b tak perlu bayar. Mungkin kalo dorang suruh bayar, minta dulu penjelasan dari pihak PTPTN yg korang berurusan tu.

Semasa berurusan dgn pegawai ptptn, diorang akan beri pd korang 1 dokumen yg dlmnye ada details berkenaan hutang ptptn korang mcm nama/ic/no pinjaman/jumlah pinjaman/no surat tawaran/dll dlm 1 helai shj utk diserahkan pd pegawai kwsp nanti. Sebelum balik, makesure korang cek dulu ye, sebab kalau ade kesalahan pd mane2 bahagian mcm amount, tahun, even typo error, korang akan ade masalah di kaunter KWSP. So, CEK dulu tau! (Kalau tak, jenuhla korang kene ulang alik ke Pejabat PTPTN balik, memang leceh)

#3 - Jom ke Pejabat KWSP


Dah selesai step #1 dan #2, teruslah ke pejabat KWSP dengan penuh yakin & gaya hihi. Pastikan dokumen yg diperlukan dah siap sedia, okay!! (ms cadangkan buat 2 copy, 1 copy utk korang simpan)

Sebelum berurusan di kaunter, PRINT DAHULU PENYATA KWSP TERKINI tau!

Kat KWSP, di kaunter informasi tu korang nyatakan 'saya nak bayar PTPTN menggunakan Akaun 2', nanti pegawai tu akan beri korang 1 borang utk di isi (tak silap borng pengeluaran pendidikan). Dah siap isi pegawai akn cek dokumen yg diperlukan dan ambil no giliran.

Selesai sahaja serahan dokumen di kaunter, korang akn terima 1 helai dokumen spt gambar di bawah. Process mengambil masa 2minggu atau lebih. Agak2 dh 2minggu try cek akaun 2 kwsp korang ada penolakan @ tidak. Surat Rasmi dari kwsp pon akan dapat, sebagai rekod simpan lah surat tu. 



Okay, itu sahaja utk entry kali ni. Harap sgt dapat membantu korang. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah @ emailkan masturahsuhaimi@gmail.com

Terima Kasih,

LOVE
ms.

Saturday, November 12, 2016

Apa yg BEST di Freeport A'Famosa Outlet Melaka ?


Entry kali ni, ms nak share tentang short trip ms & suami ke Freeport A'Famosa Outlet di Melaka. Tujuan asal kami ke Melaka adalah utk ke Tabung Haji (TH), memandangkan pejabat TH Batu Pahat hari Jumaat tutup kami terus ke Melaka. Setelah selesai urusan di TH, kami terus ke tempat yg ingin di tuju.

Perjalanan kami dri BP mengambil mase 1jam setengah. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur sebelum masuk ke Bandaraya Melaka, bolehlah singgah sebentar di Freeport A'Famosa Outlet (FAO) yg terletak di Jalan Kemus, simpang Empat Alor Gajah. Kalau nak di ikutkan tempat ni sempadan daerah Tampin,Negeri Sembilan. Nak senang, kalau anda dari KL boleh ambil exit Alor Gajah haaa nak dekat dah bole on waze ke tempat ni.

Kalau korang pernah pergi ke Johor Premium Outlet (JPO) atau Mitsui Outlet di KLIA, konsep yg sama juga ade di FAO. SALE! SALE! SALE! untuk yg shopaholic, harap kuat semangat okeh! haha.


Entrance -
Pintu kaca depan tu customer service, yg ada anak kecik kalau nk stroller bentuk kerete mcm kite tgk kt mall2 tu haa dorang ada sediakan.
.
.
Tanpa berlengah kami terus meneroka apa yg ada dlm ni....


Okay, jom start shopping hihi
Barangan kanak2 pon ada - Toy World

Bahagian dalam

 .
Bangunan yg ada dalam FAO ni lebih kepada unsur2 belanda, seperti yg korang lihat. Cantik & menarik tempatnye. Kedai memang banyak, kalau nak listkan  terlalu panjang (hihi). Kalo tgk dari luar, tak percaya yg korang dh jln sepanjang tu hihi.

Antara kedai yg ada, fashion, sports apparel, fragrances, children, shoes, bags, accessories and food&beverages.

Antara jenama yg ada disana, ELLE, CAMEL, SKETCHERS, LOGO (Prada, Gucci, etc), COTTON ON, CROCS, LEVIS, ADIDAS, PUMA, VICTORIA SECRET, ZHANG TOI, BEVERLY HILLS, ESPRIT, TRIUMPH, G2000, US POLO ASSN. dan baaaaanyak lagi.



Terdapat juga kerusi rehat untuk korang berehat sebentar sekiranya penat berjalan. Bolehlah makan snack sekejap mcm aiskrim ke, sebelom sambung shopping @ jalan-jalan dlm FAO. (kalau tak silap, kerusi urut berbayar turut disediakan).

Tarikan menarik


Menara kincir angin tu bole naik


Untuk yg ada anak2, boleh main di kawasan ni.
.
Jangan risau kalau korang lapar, sebb kat FAO ni ade beberapa pilihan tempat makan, kafetaria  ada, aunties anne, Paparich, KFC, Marrybrown, Zhang Toi Cafe.

Surau juga ada disediakan, betul2 lepas korang masuk ade sebelah kanan. Ruangan solat yg disediakan sgt kemas & selesa (telekung pon ada disediakan). So, kalau korang spent masa lama di FAO, solat jangan tinggal okay!!

Mesin ATM juga ada disediakan disana, kot2 cash yg korang bawa tak mencukupi jangan risau okay.

Sekiranya anda perlukan sebarang bantuan (maklumat/wheelchair/dll), boleh terus rujuk di kaunter CUSTOMER SERVICE yg terletak di pintu masuk FAO awal tadi.

Ruang Parking yg disediakan agak luas dan yang penting ianya FREE!

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh terus cek di Laman web Freeport A'Famosa Outlet: http://www.freeportafamosa.com/ 
.
.
Okay, sampi disini shj entry kali ni, terima kasih utk yg sudi baca & singgah blog ms.
.
Sehingga berjumpa entry yg seterusnya
.
LOVE
MS.

Tuesday, November 8, 2016

SUGARBELLE- Velvet Revolution Lipstick [Review]

Assalam & Hii

Cuaca harini sejuk je dari pagi. Hujan basah membasahi bumi, rasa damai & menenangkan. Hujan-hujan ni jangan lupa banyakkan berdoa, sebab nye doa ketika hujan ni adalah waktu mustajab (berdoalah & yakin pd ALLAH).

OK! Terus pada topik kite hari ni, berkenaan Velvet Revolution Lipstick by Sugarbelle Cosmetic. 

Rasanya inilah lipstick pertama di Malaysia yang kandungannya ada ARGAN OIL. Kelebihan Argan oil adalah ianya kaya dgn Vit E, melembapkan kulit & dpt merawat kulit yg bermasalah. Secara tidak langsung, kite dapat package bibir cantik & sihat. Memang jadi mimpi ngeri kalau ade bibir kering, betul tak?.

Lipstick Sugarbelle
(size tidak terlalu besar, just nice muat makeup bag)
Lipstick Sugarbelle
(Motif flower pd kotak sgt cantik & menarik)

Lipstick Sugarbelle
Velvet Revolution Lipstick - swatches
CERISE - lebih kpd bright pink;
BITTER SWEET - warna lebih soft pinky;
STRIPPED - nude, suggest buat ombre jadikan stripped sebagai base;
BEWITCHING - more orangey

Product details:

  • Ada 5 pilihan warna
  • Terdapat Argan oil - sebagai agen utk mengekalkan kelembapan bibir
  • Texture lipstick sgt soft & mudah utk apply di bibir
  • Semi matte (finishing di bibir matte)
  • Ada fruity scent (tapi bile pakai bau die tak over & selese je)
  • Mudah di cuci (boleh gunakan wet tissues shj, mudah sgt senang hilang)
  • Wudhu friendly (sebab ianya mudah dicuci, so bile nk ambil wudhu senang je hanya gunakan wet tissues dah hilang)
.
(Tadaaa...cantikkan warna2 Sugarbelle - Velvet Revolution Lipstick ni?)
.

.
So far, ms pakai lipstick ni BEST SGT!! lagi lagi kalau nak cepat, husband ajak ke kedai sapu bedak sikit & aliskan lipstick sugarbelle ni, terlebih rajin dab.dab kan ke pipi jadi blusher hihi (kalau ke kedai runcit ms mesti pakai bedak & lipstick, duduk rumah pon ms akn bermakeup ala kadar, bedak+lipstick+bentukkan kening gitewww..hari hari mesti nak cantik!)
.
.
Oh! nak tahu harga Lipstick ni? RM49.00 shj, memang berbaloi product & harga nya.
Sugarbelle Cosmetic ni milik Belle Alyahya (pengasas Belle Ammara) & Eyqa (pengasas Sugarscarf), jadi Jom support product tempatan !! hihi. 
.
.
Mana nak dapat??
Boleh terus cek di akaun instagram @sugarbellestars_mas 
https://www.instagram.com/sugarbellestars_mas/

Okay, sampi sini shj entry kali ni. Jumpe di lain masa..

Love,
MS.




Monday, November 7, 2016

Welcome to "Diary of Housewife" blog

Assalam & hi everyone.

Apa yg bakal dikongsikan dlm blog ms adalah perkara2 yg ms suke spt: 

1. Housewife story..(oh yehhh..tgk name blog..mungkin topik ttg "cara2 lipat kain" haha) 
2. beauty tips 
 3. kesihatan 
4. Cosmetic (mampu milik/drugstore/ product yg best2.) 
5. Travel - cuti-cuti malaysia
6. Food 
7. Resepi/masakan
 8. dan mcm2 lagi 


 Yang pasti entry yg menarik & bermanfaat utk kite share same2 ^_^


SALAM PERKENALAN
MASTURAH SUHAIMI
@
MS