Pemandangan di sekitar Warung Pak Malau |
Terus ke Nasi Dagang Pak Malau di Langkawi ni dengarnya agak POPULAR! ramai bagi pendapat makan pagi disini sedap dan mempunyai pemandangan yg sangat cantik. Mane nak sarapan pagi sambil lihat pemandang cantik? This is the place, korang boleh lah datang cuba makan disini. Untuk seisi keluarga ms kami kasi thumbs up kt warung ni.
Lokasi
Kalau korang menetap di D'Sentosa Guesthouse, hanya 3km shj utk sampai disini. Nak mudah gunakan applikasi WAZE okey! Warung ni terletak di bhgn sedikit pendalaman tpi taklah dlm sgt, boleh dikatakan kawasan yg belum tercemar oleh asap2 kotor busuk nih.
Paling awsome, korang dapat sarapan pagi sambil tgk sawah terbentang luas. Subhanallah memang cantik pemandangannya dan sgt mendamaikan.
Jenis Makanan/Minuman
Menu utama adalah Nasi Dagang, cume korang boleh pilih lauk apa yg korang berkenan. Antaranya Ayam Kampung grg, Gulai Ikan, Gulai ayam, Gulai Daging, Kambing pon ade. Dan juga ada pelbagai pilihan kuih muih. Sedap! ms paling suke kuih seri muka, cenggini 👍
.
. Pak Malau pemilik warung ni sangatlah peramah dan isterinye yg pemalu merupakan nadi kepada gerai ni. Sebab makanan yg dimasak sume air tangan isteri Pak Malau.
Okay, kenapa namanya pak malau? haa kami ade interview Pak Malau, katenye itu nama samaran shj. Mudah utk pelanggan & rakan2 yg datang memanggilnya mesra.
So, ini adalah antara gambar yg sempat ms rakamkan
Warung ni terletak dibahu Jalan & berhadapan dgn Masjid. Sekitar warung BERSIH & SELESA |
Bahagian sini, amek Nasi Dagang & pilih nak lauk apa |
Cantik Sangat pemandangan, datang awal pagi makan sejuk je rasa. Oh nampak tak org berbaju merah tu? itulah Pak Malau hehe nak tau rupa Pak Malau, datanglah ke warung ni.. |
Mase ni jam 830pagi, masih awal so tak ramai. Tapi bila jam 9 mmg penuh dah |
Cantik kan! |
*Tips - Datang awal ye kalo nk makan di warung ni, tempat disediakn banyak. Tapi bile dh popular ni orang yg datang sangat lah ramai, lagi2 musim cuti sekolah. Untung nya kami waktu dtg makan sini, musim sekolah dh nak start lagi 1 minggu. Orang masih memenuhi setiap meja tapi tidaklah terlalu penuh spt yg digambarkan pekerja warung yg tak menang tangan.
Pernah dengar pantun Kajang Pak Malau ni? mungkin korang pernah dengar dalam filem Klasik dahulu "Seri Mersing" tahun 1961,
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu,
Dagang Pak Malau Dagang bertempat,
Dagang saya musafir lalu.
Tamat. Terima Kasih sudi baca blog ms!
Bestnya..mcm nk pg ja...jom lawat blog sy plk www.momstoreretail.blogspot.com
ReplyDelete