Pages

Saturday, November 12, 2016

Apa yg BEST di Freeport A'Famosa Outlet Melaka ?


Entry kali ni, ms nak share tentang short trip ms & suami ke Freeport A'Famosa Outlet di Melaka. Tujuan asal kami ke Melaka adalah utk ke Tabung Haji (TH), memandangkan pejabat TH Batu Pahat hari Jumaat tutup kami terus ke Melaka. Setelah selesai urusan di TH, kami terus ke tempat yg ingin di tuju.

Perjalanan kami dri BP mengambil mase 1jam setengah. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur sebelum masuk ke Bandaraya Melaka, bolehlah singgah sebentar di Freeport A'Famosa Outlet (FAO) yg terletak di Jalan Kemus, simpang Empat Alor Gajah. Kalau nak di ikutkan tempat ni sempadan daerah Tampin,Negeri Sembilan. Nak senang, kalau anda dari KL boleh ambil exit Alor Gajah haaa nak dekat dah bole on waze ke tempat ni.

Kalau korang pernah pergi ke Johor Premium Outlet (JPO) atau Mitsui Outlet di KLIA, konsep yg sama juga ade di FAO. SALE! SALE! SALE! untuk yg shopaholic, harap kuat semangat okeh! haha.


Entrance -
Pintu kaca depan tu customer service, yg ada anak kecik kalau nk stroller bentuk kerete mcm kite tgk kt mall2 tu haa dorang ada sediakan.
.
.
Tanpa berlengah kami terus meneroka apa yg ada dlm ni....


Okay, jom start shopping hihi
Barangan kanak2 pon ada - Toy World

Bahagian dalam

 .
Bangunan yg ada dalam FAO ni lebih kepada unsur2 belanda, seperti yg korang lihat. Cantik & menarik tempatnye. Kedai memang banyak, kalau nak listkan  terlalu panjang (hihi). Kalo tgk dari luar, tak percaya yg korang dh jln sepanjang tu hihi.

Antara kedai yg ada, fashion, sports apparel, fragrances, children, shoes, bags, accessories and food&beverages.

Antara jenama yg ada disana, ELLE, CAMEL, SKETCHERS, LOGO (Prada, Gucci, etc), COTTON ON, CROCS, LEVIS, ADIDAS, PUMA, VICTORIA SECRET, ZHANG TOI, BEVERLY HILLS, ESPRIT, TRIUMPH, G2000, US POLO ASSN. dan baaaaanyak lagi.



Terdapat juga kerusi rehat untuk korang berehat sebentar sekiranya penat berjalan. Bolehlah makan snack sekejap mcm aiskrim ke, sebelom sambung shopping @ jalan-jalan dlm FAO. (kalau tak silap, kerusi urut berbayar turut disediakan).

Tarikan menarik


Menara kincir angin tu bole naik


Untuk yg ada anak2, boleh main di kawasan ni.
.
Jangan risau kalau korang lapar, sebb kat FAO ni ade beberapa pilihan tempat makan, kafetaria  ada, aunties anne, Paparich, KFC, Marrybrown, Zhang Toi Cafe.

Surau juga ada disediakan, betul2 lepas korang masuk ade sebelah kanan. Ruangan solat yg disediakan sgt kemas & selesa (telekung pon ada disediakan). So, kalau korang spent masa lama di FAO, solat jangan tinggal okay!!

Mesin ATM juga ada disediakan disana, kot2 cash yg korang bawa tak mencukupi jangan risau okay.

Sekiranya anda perlukan sebarang bantuan (maklumat/wheelchair/dll), boleh terus rujuk di kaunter CUSTOMER SERVICE yg terletak di pintu masuk FAO awal tadi.

Ruang Parking yg disediakan agak luas dan yang penting ianya FREE!

Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh terus cek di Laman web Freeport A'Famosa Outlet: http://www.freeportafamosa.com/ 
.
.
Okay, sampi disini shj entry kali ni, terima kasih utk yg sudi baca & singgah blog ms.
.
Sehingga berjumpa entry yg seterusnya
.
LOVE
MS.

No comments:

Post a Comment