Topik yg sangat menarik untuk ms share dengan korang, langkah-langkah yg perlu dibuat pn tidaklah sukar mane pon. Semudah 1 2 3 sahaja (gitewwww).
Langkah-langkah yg perlu korang buat untuk membayar PTPTN menggunakan akaun 2 KWSP adalah:
#1 - DOKUMEN
Dokumen yg PERLU korang sediakan;
Original:-
- Mykad
- Scroll dan transcript ijazah yang diambil menggunakan PTPTN
- Penyata Baki Pinjaman. (mohon daripada PTPTN @ print dari website ptptn)
- Borang pengeluaran wang untuk pendidikan. (yg ni perlu ambil di KWSP)
Salinan Photocopy:-
- Perjanjian Pinjaman Pendidikan (mana nak dpt?? baca point #2)
- Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan
- Scroll dan transcript ijazah
- MyKad
- Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan
- Scroll dan transcript ijazah
- MyKad
#2 - Lawatan ke PTPTN
Kemudian, korang perlu ke pejabat PTPTN ye, bukan kiosk. Bolehla meng'google' dahulu pejabat PTPTN yg berhampiran dgn korang.
Sampai shj & tiba giliran, dgn senyum manis nyatakanlah hajat korang tu, untuk dapatkan dokumen a dan b.
a.Perjanjian Pinjaman Pendidikan
b.Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan
c.Scroll dan transcript ijazah
d.MyKad
**NOTA KAKI:
Point a & b, ms buat panggilan dahulu ke PTPTN center utk bantu hal ni, dan dorang bagi email person in charge(pic) utk bantu. Selepas tu ms email pd pic berkenaan dokumen apa yg ms perlukan, tapi makan mase juga 3-4 kali email di pas2, last skali ms hanta email merungut kata isu ni dah lame sgt tapi takde action pon. Dari situ email ms dibalas & dlm masa seminggu ms dpt surat perjanjian pinjaman pendidikan. fewww, memang mencabar hihi. Ms cadangkan, sebelom korang buat lawatan ke PTPTN ni, apakate korang call PTPTN HOTLINE NO. 03-2193 3000.
Ada yg cerita, utk dapatkan dokumen ni kene bayar RM90 tapi ms tak de pulak kene bayar. Sama juga akk ms buat urusan utk dapatkan dokumen a&b tak perlu bayar. Mungkin kalo dorang suruh bayar, minta dulu penjelasan dari pihak PTPTN yg korang berurusan tu.
Semasa berurusan dgn pegawai ptptn, diorang akan beri pd korang 1 dokumen yg dlmnye ada details berkenaan hutang ptptn korang mcm nama/ic/no pinjaman/jumlah pinjaman/no surat tawaran/dll dlm 1 helai shj utk diserahkan pd pegawai kwsp nanti. Sebelum balik, makesure korang cek dulu ye, sebab kalau ade kesalahan pd mane2 bahagian mcm amount, tahun, even typo error, korang akan ade masalah di kaunter KWSP. So, CEK dulu tau! (Kalau tak, jenuhla korang kene ulang alik ke Pejabat PTPTN balik, memang leceh)
#3 - Jom ke Pejabat KWSP
Dah selesai step #1 dan #2, teruslah ke pejabat KWSP dengan penuh yakin & gaya hihi. Pastikan dokumen yg diperlukan dah siap sedia, okay!! (ms cadangkan buat 2 copy, 1 copy utk korang simpan)
Sebelum berurusan di kaunter, PRINT DAHULU PENYATA KWSP TERKINI tau!
Kat KWSP, di kaunter informasi tu korang nyatakan 'saya nak bayar PTPTN menggunakan Akaun 2', nanti pegawai tu akan beri korang 1 borang utk di isi (tak silap borng pengeluaran pendidikan). Dah siap isi pegawai akn cek dokumen yg diperlukan dan ambil no giliran.
Selesai sahaja serahan dokumen di kaunter, korang akn terima 1 helai dokumen spt gambar di bawah. Process mengambil masa 2minggu atau lebih. Agak2 dh 2minggu try cek akaun 2 kwsp korang ada penolakan @ tidak. Surat Rasmi dari kwsp pon akan dapat, sebagai rekod simpan lah surat tu.
Okay, itu sahaja utk entry kali ni. Harap sgt dapat membantu korang. Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah @ emailkan masturahsuhaimi@gmail.com
Terima Kasih,
LOVE
ms.
Tq perkongsian..boleh lawat blogs sy plk www.momstoreretail.blogspot.com
ReplyDelete